Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Guru :)

assalamualaikum semua.

tak terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua insan yang pernah mendidik ku samada secara langsung mahupun tidak langsung.

namun, sebelum itu, sy nak ucapkan juga selamat hari lahir buat ayahku tercinta. terima kasih kerana membesarkan dan mendidik iyah sehingga ke saat ini. i LOVE YOUUU soo muchh :)

berbalik kepada perkara asal. tentang hari guru. saya ada terbaca satu catatan tentang guru. marilah kita sama - sama membacanya. sungguh menusuk ke dalam kalbu. TANPA GURU SIAPALAH KITA.


Belum lambat untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Guru’ kepada cikgu-cikgu yang telah berjasa amat besar pada saya. Mereka mengajar saya A, B, C, alif, ba, ta. Mereka juga mengenalkan saya angka-angka 1, 2, 3. Tanpa mereka siapalah saya!

Sejak hari pertama ke sekolah saya sentiasa takut pada cikgu. Tidak kira cikgu perempuan, lebih-lebih lagi yang lelaki, semua nampak garang. Tidak ada senyum, semua serius semacam. Paling saya takut Guru Besar, Mohd Dzuli Adni atau lebih dikenali dengan Cikgu Zainal.

Cikgu-cikgu lain yang mengajar saya semasa sekolah rendah termasuklah Cikgu Manisah, Cikgu Suratmi, Cikgu Fatimah (ada tahi lalat!), Cikgu Bakar, Ustaz Satam. Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Sawah Ring – di pedalaman Muar – tidak ramai, tidak sampai 100. Cikgu pun tidak lebih 10.

Memang semua garang, tetapi mereka mengajar dengan gigih. Disiplin amat ketat, kalau buat salah pasti ada hukumannya. Tidak hafal sifir, kena berdiri atas bangku. Tidak tahu mengeja, kena buat ‘tok ketampi’. Ponteng sekolah tanpa sebab, kena berdiri di luar bilik darjah.

Ada banyak lagi hukuman, tetapi paling ditakuti ialah sebatan di punggung. Setengah abad lalu, rotan digunakan secara bebas di sekolah. Kalau dipanggil ke bilik Guru Besar, siaplah punggung. Kalau tidak pada punggung, rotan sebesar jari kelengkeng itu mungkin hinggap di betis.

Lima tahun di sekolah rendah – saya lompat kelas, tidak belajar darjah tiga – saya kena rotan sekali. Ketika perhimpunan pagi Ahad – di Johor ketika itu cuti hujung minggu ialah Jumaat dan Sabtu – saya sudah tahu akan menerima padah.
Kesalahan saya ialah tidak datang latihan sukan pada hari Sabtu. Zup, zup, zup! Tiga kali rotan hinggap di punggung. Peritnya bukan kepalang.

Betapa pun perit dan merah di punggung, saya tidak berani mengadu pada emak, lebih-lebih lagi pada abah. Kalau mengadu pada abah dia akan kata: “Pandan muka engkau, tak ikut cakap cikgu memang patut kena rotan!” Dan, dia akan tambah satu lagi sebatan di betis atau tapak tangan. Jadi, lebih baik jangan mengadu.

Ketika di sekolah menengah pun ada cikgu yang garang. Sebat murid hingga patah pembaris panjang. Ada murid kena penampar hingga merah pipi. Ada juga cikgu jentik telinga murid hingga kebas.

Tetapi, tidak ada yang mengadu pada ibu bapa. Ada dua sebab. Pertama, guru amat dihormati dan dipandang tinggi dalam kalangan masyarakat. Kedua, ibu bapa lebih percaya pada guru daripada anak sendiri. Apa yang cikgu buat dianggap betul untuk mendidik anak-anak.

Itu 50 tahun dulu! Hari ini ibu bapa lebih menyebelahi, dan terlalu memanjakan anak. Sebab itu kalau ada silap sikit dilakukan pada murid, ibu bapa akan menyerang guru di sekolah. Anak kena cubit sedikit, ibu bapa melenting dan buat laporan polis.

Sekiranya murid diminta memungut sampah atau mencuci tandas, ibu bapa akan mengadu pada PIBG, silap-silap akan menulis surat pada Pejabat Pendidikan, dengan salinan kepada Perdana Menteri. Kalau nasib tidak baik guru berkenaan kena tukar sekolah.

Kalau rotan murid kerana melakukan kesalahan melampau – termasuk merosakkan harta benda sekolah, atau mengugut akan bunuh guru – ibu bapa akan mengadu pada polis, menteri dan NGO hak asasi. NGO akan buat kenyataan hentam sekolah cukup-cukup.

Ibu bapa tidak menghormati guru, tidak ambil berat tentang sekolah. Diajak mesyuarat PIBG setahun sekali, hanya seorang dua ibu bapa hadir. Diminta berjumpa Guru Besar untuk membincang masalah anak, mereka tidak datang. Mereka akan datang, dan marah-marah, hanya jika anak dapat semua E dakwat merah dalam peperiksaan.

Oleh sebab anak-anak terlalu dimanjakan, mereka tidak takut guru. Mereka ingkari perintah guru – ponteng, tidak buat kerja rumah, melawan guru. Malah, ada yang berani membakar bilik guru. Ada yang menconteng dinding sekolah, memaki hamun guru. Semua orang tahu disiplin sekolah menjunam.

Saya bersyukur bersekolah – rendah dan menengah – pada ketika rotan bebas digunakan. Memang ada guru yang bengis dan garang, tetapi merekalah yang membentuk saya menjadi manusia. Ramai juga yang baik dan murah senyuman, termasuk Cikgu Munap Long, dan Cikgu Nopipah Pendek, guru sejarah semasa tingkatan lima.

Sama ada disebut nama atau tidak – sesetengahnya mungkin sudah tidak ada – guru-guru telah mencurahkan ilmu dan membentuk saya menjadi manusia. Jasa mereka saya kenang hingga mati.

**Begitulah catatan seorang penulis tentang kisah mengenai guru. marilah kita sama - sama merenunginya. betapa besarnya jasa dan pengorbanan seorang insan bergelar guru. 

untuk semua guruku. terimalah lagu ini. terima kasih diatas segalanya. :)


Jasa guruku tak terhingga
Aku tidak melupakannya
Banyakku dapat ilmu dari padanya
Jasanya ku kenang sampai bila-bila

Guruku mengenalkan ku pada Tuhanku
Rasul dan wali juga diberitakan
Para malaikat dan juga akhirat
Segala suratan Allah yang menentukan

Guruku mengajar berakhlak mulia
Berkasih sayang sesama manusia
Bertolong bantu dan juga bersatu
Berkorban berkhidmat menabur jasa

Guruku menanamkan cinta akhirat
Menyedarkan aku dunia sementara
Jangan lalai jangan terpesona
Bertaqwa sebagai bekalan ke sana

Aku berdoa kepada Tuhanku
Agar dosa guruku di ampunkan
Jasanya padaku diberi pahala
Di akhirat darjat guruku ditinggikan




Tanpa guru siapalah kita...

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH :)




Monday, May 7, 2012

kawan baikku menjadi isteri orangg :)

assalamualaikum readers yang budiman :)

semua sihat kah? hopefully semua orang sihat sihat belaka. excited nya nak ceritakan entry kali ni. rasa teruja sangat sangat. hihi. sebenarnya kan. kawan baik kita time sekolah sampai kolej n sampai sekarang dan insyALLAH sampai syurga nanti dah jadi isteri orang laaaahh. panjang cerita nya. hihii.

cerita nya bermula begini. saya ada seorang kawan lain. nama nya Din. saya kenal time satu program motivasi dan saya jadi fasi bersama - sama dengan beliau. lepas habis program ni, beliau ada menghubungi saya. dan tiba tiba beliau meminta saya untuk mencarikan beliau seorang perempuan untuk dijadikan isteri. skema kan ayat. tapi betul . inilah keadaannya.

buat masa tu, memang takde orang lain yang muncul dalam fikiran sy.terus muncul seorang kawan baik yang paling ku sayangg. PUTRI FATIN INSYIRAH MEGAT SOHAIMI. :) :)






saya terus bagitau dekat kawan saya yang bernama din ni, saya mmg ada kawan dan kawan saya memang single lagi. then, din bagitau yang dia just nak jumpa mak ayah terus. tanak becinta - cinta ni. nak kawin je terus. okeh. terdiam jugak saya. tapi memang itu yang terjadi. lepas beliau jumpa dengan mak ayah kawan baik saya. beliau terus move ke peringkat seterusnya dan berakhir dengan peringkat yang paling diredhai Allah iaitu alam perkahwinan. lebih kurang selepas isyak, 4hb 5 tahun 2012, kawan baik sy sah bergelar isteri kepada kawan saya juga iaitu Din :)

orang kata, jadi pengapit ni kawin lambat, haippp. sape kata. kawan baik saya ni jadi pengapit saya time sy kawin tahun lepas dan nahhhhh. tahun ni kawan baik saya sudah berkahwin. so anggapan dan tanggapan itu salah sama sekali ye pembaca semua.

saya sebenarnya sangat respect kepada pasangan ini yang betul - betul menjaa kesucian perhubungan mereka sehingga ke hari pernikahan. bukan senang kan untuk zaman sekarang, tak berhubung, tak berjumpa. tak ber sms sms macam couple lain. kalau semua orang dalam dunia ni macam ni, memang hebatlah islam di seluruh dunia. :)

kawanku sayang. tahniah ye sahabat. semoga bahagia hingga ke syurga. apa pon jadi. sahabatmu ini sentiasa di sisi sampai bila  - bila. mungkin terdapat kekurangan sepanjang perkenalan kita. tapi percaya lah. saya akan cuba sedaya upaya membahagiakan dan menggembirakan hati awak. semua kenangan kita bersama sepanjang persahabatan kita akan tetap bersemadi didalam hati ini. berbuka puasa berbekalkan megi sebungkus dizaman kolej, berjalan kaki ke kolej dengan jarak yang jauh, tidur di atas tilam yang nipis sepanjang 2 tahun 8 bulan kita belajar di kolej. semua itu akan ku simpan menjadi kenangan yang paling bermakna untuk persahabatan kita.

semoga dirimu sentiasa dirahmati dan diredhai Allah. Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke syurga dan semoga dirimu bahagia dunia dan akhirat. salam sayang untuk mu sahabat.


Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

teristimewa untuk sahabatku tersayang. putri fatin insyirah binti megat sohaimi :)

assalamualaikum :)

Thursday, May 3, 2012

Doa Masih Tidak di Makbulkan

Assalamualaikum semuaaa :)

apa kabar semua orang ? sangat sangat berharap agar semua orang berada dibawah lembayung Ilahi INSYALLAH. entry kali ni macam kearah mengingati antara satu sama lain. ermm. sebenarnya terasa nak post pasal ni sbb sy tahu, semua orang mesti ada hajat dan kadangkala hajat masih tidak ditunaikan lagi. macam sy jugak. macam - macam hajat ada dalam fikiran ni. yang paling nak sangat buat masa sekarangg, SANGATTT BERHARAP AGAR SUAMIKUUU DAPAT PULANG KE SEMENANJUNGG. tapi sampai sekarang tak dapat dapat lagi. masih bersabar dan terus bersabar. dan sentiasa berdoa dan terus berdoa :)

then, semalam ada terbaca kat satu laman web ni, dia ada cerita pasal kenapa doa masih tidak dimakbulkan sampai sekarang.. ermm. bila dah baca, terus muhasabah diri balik. dan cuba untuk bertukar ke arah yang lebih baik. ermmmm.


Setiap hari kita menadah tangan berdoa memohon bermacam perkara dari Allah ta'ala. Siang malam pagi petang kita berdoa. Malah ada masa-masa kita berdoa hingga mengeluarkan air mata. Namun, mengapa doa kita masih tidak diperkenankan? Mengapa Allah tak makbulkan doa kita? Apa silapnya?

Sedangkan Allah Ta'ala telah pun berjanji melalui firmanNya di dalam Quran;

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’minun : 60)

Allah telah berjanji, tapi hairan,mengapa doa-doa kita langsung tidak memberikan sebarang kesan. Apa kita minta dan doa hari-hari, tak pernah kita dapat. Di mana silapnya? “Mengapa doaku tak di kabul?”

Pertanyaan ini sebenarnya pernah dilontarkan kepada seorang ahli sufi dan wali terkenal, Ibrahim bin Adham. Apabila ditanya “Mengapa doa tidak dikabulkan?”.

Lantas Ibrahim Adham pun menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah mati.”

Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”.

Beliau menjawab, “Ada lapan perkara, diantaranya:


    * Kamu mengetahui hak Allah, tapi kamu tetap tidak menunaikan hakNya itu. (Malah ada ramai pun yang tak tahu apakah itu hak-hak Allah yang perlu kita tunaikan, tahukah anda?)

    * Kamu membaca Al-Qur’an tetapi kamu tidak mengamalkan hukum-Nya. (Yang baca Quran memang OK, tapi bacakah anda? Baca Quran pun jarang sekali, tapi mengharapkan doa dimakbulkan…)

    * Kamu mengatakan cinta Rasulullah tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya. (Kita ni jangan kata cinta, sesetengahnya malah memperlekeh sunnah-sunnah Nabi SAW. Kata sunnah dah ketinggalan zaman dan sebagainya.)

    * Kamu mengatakan takut mati tetapi masih tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi mati. (Bersediakah anda untuk mati? Apa bekalan yang kita dah persiapkan?)

    * Kamu mengakui bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu ikut perangai syaitan. (Cuba periksa diri, apakah perangai syaitan yang ada dalam diri kita?)

    * Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api neraka, tapi kamu sendiri yang melemparkan dirimu ke dalamnya. (Doa minta jauh azab neraka kononnya, tapi dosa dan maksiat kita buat dengan selamba jer. Boleh makbul ker doa kita?)

    * Kamu ingin memasuki Syurga, tapi kamu masih tidak melakukan amal soleh. (Kita hari-hari minta doa untuk masuk syurga, tapi buat amal ibadat malas. Solat kita cuaikan, solat sunat jarang sekali, quran kita tak baca, zikir memang tak buat, sedekah amal jariah kita kedekut taik hidung masin. Tapi kata nak syurga. Macammana tu?)

    * Kamu sibuk memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, sedangkan keburukan dan kesalahan diri sendiri tidak pernah kamu hiraukan. (Asyik-asyik kata orang ni salah, orang ni tak betul. Kutuk sana kutuk sini. Tapi rupa-rupanya 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih')

    * Kamu mendapat pelbagai kenikmatan yang diberikan Allah swt, tetapi kamu tidak pernah bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah. (Tubuh badan sihat sokmo, perut kenyang sentiasa, tapi 'Alhamdulillah' pun tak boleh nak ucap.)

    * Kamu menguburkan jenazah orang lain, tapi tidak menginsafi diri kamu sendiri bahawa kelak kamu juga akan dikuburkan. (Tengok berita atau baca cerita pasal orang mati hari-hari, tapi tak pernah rasa insaf melihat kematian. Kita duk rasa nyawa kita panjang lagi. Kita rasa kita boleh hidup lama lagi. Lantas kita menjadi begitu culas dalam membuat bekalan hari kemudian.)


“Jika begitu, bagaimana mungkin Allah dapat mengkabulkan doa kamu?”

Itulah diantara sebab-sebab mengapa DOA kita tak dikabulkan oleh Allah swt. Padahal kita sangat mengharapkan doa kita dikabulkan oleh Allah swt, dan permintaan kita segera dijawab oleh-Nya.

Apa-apapun, kita TIDAK seharusnya berputus asa dalam berdoa. Yakinlah, jika kita minta pada Allah dengan penuh pengharapan, insyaAllah permintaan kita pasti diperkenankan.

Justeru, marilah kita terus berdoa lagi dan lagi, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan yang dirasa hari ini, mungkin ia menjadi kemanisan pada hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu juga kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa lah bertawakal kepada Allah dan jangan sekali-kali berputus asa berdoa kepadaNya. 

assalamualaikum. :)

Tuesday, April 24, 2012

Pelihara lah OTAK kita :) :)

Assalamualaikum semuaaaa :)

semua sihat ke ? harap nya semua pembaca, kawan kawan, ibu ayah, suami ;) berada didalam keadaan sihat sejahtera. insyALLAH. sbnrnya, penulih blog ni sendiri tak berapa nak sihat. al kisah nya mcm ni. Assignment yang dikumpul kumpul yang kononnya berazam nak dibuat seawal2 sem tidak juga dapat disiapkan. dan kesannya, tadaaaaaaaaaaaaaa. belambak lambak assignmentku. sendiri buat sendiri tanggung laa. waaaa.

selalu terfikir, mana datang nya assignment ni ye. sapa yang pelopor dia. sape yang mula2 wujudkan perkataan assignment ni. sape yang mencetuskan idea tak best bahawasanya assignment ni adalah sesuatu tugasan yang kita mesti buat. haha. itu pon nak tau kan. banyak lagi keje nak buat. tp sempat lg pk pasal asal usul assignment. nak cakapnya, punya laaaa ANTI perkataan assignment ni. HAHA ;p kalau ada masa nnt memang nak kaji laa. nasib baik tajuk tesis kena kaitan dengan kanak - kanak. kalao boleh pasal benda lain, dah lama buat tesis pasal ASAL USUL ASSIGNMENT. ;)

Sebenar benar nya, ada benda lain nak diceritakan dalam entry kali ni. bukan pasal assignment tu sangat. lantak laa dengan assignment tu. apa laaa sangat kan. haha. kali ni saya berbesar hati nak cerita pasal perkara perkara yang boleh merosakkan HOTAKK. ;p idea ni dapat bila terbaca kat satu majalah ni, solusi tak silap. tapi tak sempat salin pon sbb majalah tu baca kat rumah dann idea nak tulih ni dapat kat tanjong malim. so dengan bantuan en google. maka jumpa lah beberapa sumber yang boleh membantuku. terima kasih en. google ;p

ok here we go :)





untuk makluman semua pembaca yang hensem, cantik baik hati budiman semua,  sebenarnya, untuk membolehkan kita bekerja, belajar atau melakukan apa saja dengan baik, kita memerlukan otak yang sihat dan cerdas. Dalam proses berfikir dalam melakukan sesuatu perkara itu, otak memainkan fungsi yang amat penting. Otak yang sihat menjadikan seseorang itu pintar dan mudah melahirkan sesuatu idea dan membuat keputusan yang bijak. Jika otak kita lemah, kita sukar membuat keputusan dan tidak dapat berfikir dan menganalisasesuatu perkara dengan baik.


Otak juga mengawal keseluruhan aktiviti yang dilakukan oleh tubuh sehari-hari. Jika otak menghadapi masalah seperti tidak cukup oksigen, ia akan mengganggu aktiviti organ dan keseluruhan sistem badan kita.

Otak tidak bekerja bersendirian. Ia memerlukan saraf untuk menjalankan tugasnya. Saraf-saraf ini menghubungkan otak dengan seluruh bahagian badan melalui tulang belakang. Melalui saraf, mesej dihantar ke anggota badan dan dari anggota badan ke otak. Otak serta keseluruhan saraf ini dinamakan sistem saraf.

Oleh itu amat penting untuk kita menjaga kesihatan otak kita supaya ia sentiasa dalam keadaan sihat dan terbaik. Ini antara 10 perkara yang boleh kita elakkan daripada menjadi amalan kita kerana ia bakal merosakkan otak kita. Sama-sama kita hindarkannya ya, Insya'Allah.


1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2. Terlebih Makan
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3. Merokok
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4. Mengambil Gula Berlebihan
Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protien dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Menghidu Udara Yang Tercemar
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara yang tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

6. Tidur Yang Berlebihan
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7. Tidur Dengan Menutup Muka
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup muka dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8. Kurang Berimaginasi
Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9. Jarang Berfikir
Jaang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembab dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10. Tidak Membaca Al-Quran
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah SWT. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

sooooo. bila dah kongsi dan baca semua perkara - perkara ni, kita boleh simpukan yang bukan susah pon nak jaga otak kita kan. just elak kan benda - benda diatas ni dan insyALLAH otak kita mampu bertahan dengan lama. :)

jadi, apa pon kita buat, fikirlah dahulu baik dan buruknya. dan insyALLAH. kesan nya, kalo baik kesannya, kita jugak yang beruntungggg kann. peace yawww. :) 

assalamualaikum.  byee readers :)



Wednesday, April 18, 2012

sape kate ?


assalamualaikum semuaa oranggg :)

hari ni hari cuti. sbb keputeraan sultan perak. disebabkan Upsi berada di tanjong malim perak, so dapat laa merasa cuti ni bsama2 yang len. hihii.

hari ni macam terfikir satu perkara. sape kate ??? sape kata apa?? ok. tajuk kita pada pagi ini.

SAPE KATA JADI CIKGU SENANG ?

cuba angkat tangan. meh sini nak bagi penerangan panjang lebar. hihii

Guru. walaupun 4 huruf, lebih pendek daripada bilangan huruf pekerjaan lain seperti doktor, artis, jurutera, dan sebagainya, namun, guru tetap profesion paling mulia di muka bumi tuhan ini. Teringat kata-kata seorang guru PCB sewaktu sekolah dahulu,


" Seorang jurutera tidak dapat menlahirkan seorang guru..

Seorang doktor tidak dapat melahirkan seorang guru..

Seorang artis tidak dapat lahirkan seorang guru..

Namun, seorang guru dapat melahirkan jurutera, doktor dan artis.."

Tugas seorang guru bukan semudah yang kita sangka. Apa yang masyarakat tahu, guru pergi ke sekolah,ajar anak murid kasi pandai, dapat gaji tiap bulan. Tapi, guru lebih daripada itu. Guru bukan sekadar seorang pengajar, tetapi guru juga seorang pendidik. PCB nak kasi tugas guru in a simple way, kasi lebih faham

TUGAS SEORANG GURU

mengajar anak murid sehingga faham apa yang diajar

mendidik anak murid untuk bersifat mulia seperti berdisiplin,menghormati orang tua dan sebagainya

seorang guru biasanya memegang sesuatu kelas sebagai guru kelas

kadang-kadang, guru mengajar lebih daripada beberapa kelas

ada juga guru yang mengajar subjek yang berbeza-beza

Sesetengah guru memegang jawatan dalam sekolah seperti kaunselor, guru disiplin, dan sebagainya

Guru ditugaskan untuk menjadi penasihat dalam aktiviti kokurikulum samada sukan, persatuan dan unit beruniform

untuk guru yang mengajar anak murid yang akan menduduki peperiksaan, rela hati hadir pada hujung minggu dan waktu malam untuk mengajar kelas tambahan.

sebenarnya, banyak lagi tugas seorang guru yang tidak disebut. banyak bukan! ada sesetengah masyarakat kini suka menyalahkan guru. anak tidak cemerlang kenapa? sebab guru!! anak ponteng sekolah kenapa? sebab guru!! kenapa nak salahkan guru semata-mata? sedangkan sedikit pon tidak melihat kesilapan ibu bapa, masyarakat dan pelajar itu sendiri.

Buka mata, buka hati. guru itu manusia biasa. punya sabar, punya hati, punya perasaan.PCB respect dengan semua orang yang bergelar guru. Bukan calang-calang orang dapat jadi guru, kalau kau tak sabar, kau tak dedikasi, kau tak berusaha, lupakan cita-cita kau untuk jadi seorang guru..

Terima Kasih guru! biarpun masyarakat kini ada yang memandang serong terhadapmu.tapi bagi PCB, guru tetap paling mulia!!

Bersama – sama ini saya nak tujukan sebuah lagu khas untuk semua insan yang pernah begelar guru kepada saya tak kira secara lansung atau pun tidak lansung. J

*Jasa guruku tak terhingga
Aku tidak melupakannya
Banyakku dapat ilmu dari padanya
Jasanya ku kenang sampai bila-bila

Guruku mengenalkan ku pada Tuhanku
Rasul dan wali juga diberitakan
Para malaikat dan juga akhirat
Segala suratan Allah yang menentukan

Guruku mengajar berakhlak mulia
Berkasih sayang sesama manusia
Bertolong bantu dan juga bersatu
Berkorban berkhidmat menabur jasa

Guruku menanamkan cinta akhirat
Menyedarkan aku dunia sementara
Jangan lalai jangan terpesona
Bertaqwa sebagai bekalan ke sana

Aku berdoa kepada Tuhanku
Agar dosa guruku di ampunkan
Jasanya padaku diberi pahala
Di akhirat darjat guruku ditinggikan

Sekian sahaja untuk kali ini. Ingatlah wahai kawan – kawan ku semua. Jasa guru kita tiada tandingan. Tanpa mereka, kita tidak akan sampai kepada tahap yang kita berada sekarang.

Assalamualaikum J

.


fokus kembali :)


assalamualaikum semua orangg :)

ni dah naik cuti sem. maknanya cuti tengah sem dah habis. lepas ni tak boleh main2. sbb sebelum ni banyak sangat main2. takot laaa pulak kan. banyak keje yang terbengkalai. kna siap kan cpat2. takut nanti tak sempat. tp harapnya semua sempatlah.

kadang2 pk malas nya ya ALLAH nak belajar. rasa nak duk umah, tak payah belajar, takpayah keja, duk saja2 tp duit masukk. *banyak canteeek kaaau* berangan tak salah kan. bukan guna duit pon :)

tp bila pk bukan2 cmtu, tiba2 akan datang satu motivasi sendiri, kata sampai bila nak camni. panjang lagi pjalanan hidup kita. ni baru sikit. orang kata baru suku dripada kehidupan. takkan dah penat. letih suma tu. so apa2 pon kena cergas dan bersemangat.

harapnya dapat menempuh liku2 dalam sem 6 ni. aminnn ya rabb. good luck semua. :)


Thursday, April 12, 2012

bumi bergegar !!

assalamualaikum semua orang :)

skarang masih lagi bercuti sem. lama kan. rasa mcm sebulan bukan seminggu. tapi saya suka :) tak2. sekarang ni nak crita pasal gemba bumi di Aceh yang memberi impak juga kepada negara saya malaysia.

saya berada di dalam kenderaan dan berada di atas jalan raya ketika masa kejadian. jadi saya tidak lah merasa gegaran tersebut since saya mmg dalam posisi bergegar kan. tapi bila dihimpun segala versi cerita, saya dapati memang malaysia bergegar. masyAllah.

TAKOTTTNYAAAAAAAAAAAAAAAA !!

begegar nya bukan sket. menurut saksi, ceh. mcm berita dah ni. gegaran tersebut dirasai lebih kurang lima minit. kesan gegaran yang dapat dirasa adalah pening kepala, air berkocak dan pelbagai lagi bentuk lain. masih ketakutan :(

ni kat bawah ni saya letak berita pasal tu ye. baca suma ni.

Gegaran Gempa Bumi Di Indonesia Melanda Malaysia pada 11 April 2012. Menurut sumber, satu gempa bumi 8.9 Scala Richter telah berlaku di wilayah Aceh Indonesia pada 11 April 2012. Sehubungan itu, beberapa negeri di Malaysia terutamanya di pantai barat merasai impak gegaran daripada fenomena tersebut.

Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh sebentar tadi. Gegaran pada ukuran 8.9 turut dirasai di kawasan Lembah Klang – Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung – Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

ya ALLAH semoga bencana Alam ini tidak berlaku lagi dan semoga semua selamat daripada bencana alam. aminnnn.

bye suma. jmpa di lain entry ye, salam :0

Wednesday, April 4, 2012

fikir dahulu sebelum buang bayi :)


Assalamualaikum semua oranggg J

Muka berseri – seri kan semua kawan2 yang sama tempat belajar. Mana taknya, lusa dah mula cuti. Seminggu tu ibarat sebulan bagi kami yang masih belajar ini. Mahu pulang jauh dari sini. Tenangkan pikiran. Lupakan segala assignment. Suka hati je suruh orang lupakan. Tapi btul kan. Restkan minda laa kiranya seminggu cuti ni. J

Cuti ni saya terpaksa pulang awal dari biasa memandangkan ayah mertua ku dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan kecil. insyALLAH takde apa2 sbb just minor operation. Tp semua orang tolong doakan semua bjalan lancar ye J

Sebelum balik bercuti ni, apa kata kita bukak satu topik yang boleh menghangatkan pemikiran kita, mengasah minda serta menajamkan pemandangan untuk berfikir tentang sesuatu perkara *merepek no 1 * hihii

Saya ingat nak cerita pasal satu benda lah. Benda n berkaitan dengan alam sekeliling lah. Cuba teka pasal apa ?? main teka teki plak kan. Ada plak masa. Buat assignment takde plak masa macam ni. Teruk2. Hihii

Ok. To be honest, hehe, saya nak cerita pasal ....

Kes pembuangan bayi yang makin menjadi – jadi kat Malaysia.

Peliknyaaaaaaaaa. Kenapa ada orang yang tergamak membuang bayi yang juga boleh digelar dengan insan comel lote ini. Meh laa bg saya kalao tamau. Saya rela menjaganya. Selalu yang bermain difikiran saya kan bila dengar atau baca kes buang bayi ni, caman dorang tgamak leh buang ek?? Apa prsn dorang time buang bayi tu ek? Dorang tak tengok ke muka bayi tu time buang ? bukan apa. Kalo tgok muka mesti tak tebuang nya insan comel ituu. J

Saya try membuat kajian kecil, apakah faktor pembuangan bayi ini. Dan hasilnya. Jeng jeng jenggg.

Faktor terjadinya pembuangan bayi adalah...

Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.

Di samping itu sikap masyarakat. Yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.

Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.

Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah.

Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian.

Macam macam faktor kan pembuangan bayi ni. Jangan laah buang bayi. Plisss. Banyak sangat kes ni. Cemana lagi nak cakap eh?? Ramai kat luar sana yang nak anak tapi tak bjaya lagi, yang awak tu suka2 je nak buang. Mmg takde hati perut sungguhlahh. Teruk – teruk.

Jadi dengan kes ini. Sama2 lah kita berdoa agar kita dijauhkan dengan segala tabiat tidak berwajar ini. Sama – samalah kita megelak dari terjerumus kepada permasalahan ini. Semoga insan yang berniat membuat pembuangan seperti ini kelak lebih matang untuk berfikir sebelum buang.

Sekian. Bye bye semua orang. Salam. Jumpa entry len neeh ;p

Friday, March 30, 2012

Suami ku Pulanggg :)

salam semua. entry ni macam takde kaitan sangat. tapi nak jugak kongsi. memandangkan suamiku duduk jauhh. jadi berita gembira ini harus dikongsikan bersama. suamiku pulangggg untuk cuti tiga minggu. dan saya sungguh seronokkk seperti mendapat emas satu lori.

seronookkkkk.. sukaaaaaaaa.. terubattt rinduuuu. :)

semoga suamiku selamat sampai. aminnn :)

Wednesday, March 28, 2012

memahami emosi kanak - kanak :)

assalamualaikum semua :)

jumpa lagi kita kan. hehee. sihat tak semua ? harapnya semua hamba Allah yang ada atas muka bumi pada hari ini mendapat rahmat dan perlindungan daripadaNya insyALLAH.

hari ni takde kelas. hari rabukan. utk info suma, rabu memang saya free. so apa pon aktiviti saya akan buat pada hari rabu. sbb banyak masa kan. hari lain pon banyak masa jugak. tp tak sebanyak hari rabu memandangkan hari rabu tedaaa kelas. yeayyyy :)


hari ni kan rasa nya tiba2 nak kongsi cerita dengan semua orang pasal kanak - kanak. dan benda yang difokuskan untuk dikongsikan bersama adalah emosi kanak - kanak itu sendiri. bukan apa, rasa mcm kita sebagai pelajar yang mempelajari kos awal kanak - kanak ni takkan taktaw atau tak berminat nak tau pasal emosi kanak2.


come on laaaa. mesti nak punya kan. tanak tau tak payah baca. heheee.



search punya search, cari punya cari. tenang punya tenang. jumpa artikel ini.


MEMAHAMI TINGKAHLAKU EMOSI KANAK KANAK

Oleh:
YM Raja Kamariah Raja Khalid
Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA


Cahayamata merupakan anugerah ilahi pada pasangan suami isteri dan ia merupakan lambang cinta yang paling bernilai dalam kehidupan berumahtangga. Tanpa tawa ngilai dan tangis gurau anak anak, akan terasa sunyi bagi pasangan suami isteri lebih lebih lagi yang telah lama berumahtangga. Namun, kesediaan untuk menerima cahayamata amat penting terutamanya untuk mengetahui perkembangan yang berlaku dalam diri kanak kanak dari segi fizikal dan mental kanak kanak tersebut.

Dalam perkembangan mental kanak kanak, selain daripada perkembangan kognitif iaitu pemikiran dan fungsi otak, aspek perasaan dan tingkahlaku emosi juga penting. Tingkahlaku emosi dan perasaan kanak kanak boleh diklasifikasikan dalam dua cara yang paling umum iaitu:

1. Faktor luaran iaitu kanak kanak sering menunjukkan reaksi emosi melalui riak muka seperti ketawa, senyum, menangis, bermasam muka, tidak berkata kata dan sebagainya.
2. Faktor dalaman iaitu perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang berubah ubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan rakan sebaya.

Emosi adalah penggerak pada tingkahlaku kanak kanak dan merupakan cara yang termudah untuk kanak kanak melahirkan apa yang mereka fikirkan dan apa yang mereka rasa. Segala situasi yang berlaku dikeliling dan juga perubahan biologi yang mereka lalui akan bertindak untuk mewujudkan tingkahlaku emosi seperti meradang, marah, naik angin, takut, benci dan sebagainya.

Situasi yang melibatkan tingkahlaku emosi kadang kala sukar dinilai lebih lebih lagi bila kanak kanak itu berusia antara satu hingga lima tahun kerana perubahan yang berlaku dalam diri kanak kanak itu tidak seimbang. Setiap perubahan yang berlaku adalah disebabkan perubahan luaran dan juga dalaman yang berkait rapat dengan perubahan biologi yang kurang konsisten. Ini bermakna, seorang kanak kanak itu dalam masa yang sama harus mengimbangi perubahan diri dan juga penyesuaian faktor luarannya. Secara tidak langsung, ia mempengaruhi sikap ibu bapa terhadap reaksi kanak kanak itu. Sekiranya ibu bapa kurang sensitif dengan perubahan emosi dan biologi kanak kanak itu, kanak kanak yang bijak, akan mula memanupulasikan ibu bapa mereka untuk memenuhi kehendak kanak kanak itu.

Sebagai contoh, kanak kanak yang sensitif pada perubahan biologi dan perubahan emosinya, akan sering menangis dan merengek. Keadaan ini akan menimbulkan rasa marah pada ibu bapa. Atas tindak balas itu, ibu bapa akan mengambil jalan pintas dengan menghukum kanak kanak itu agar berhenti menangis. Tindakan ini tidak akan memberi apa apa faedah kerana tindaklaku emosi kanak kanak itu hanyalah bersifat sementara. Kanak kanak itu akan berhenti menangis kerana ‘takutkan’ ‘hukuman’ yang diberi. Malahan tingkahlaku emosi ini akan berulang ulang dan berterusan kerana kanak kanak itu tidak belajar bahawa ‘menangis’ atau tingkahlaku emosi itu bukanlah cara yang betul untuk menyatakan sesuatu. Ini adalah kerana tingkahlaku emosi ini dijadikan sebagai ‘pembantu’ untuk mereka menghadapi situasi yang dihadapinya seperti untuk memenuhi kehendak dan keinginannya sendiri.

Ibu bapa seharusnya menggunakan teknik bertanya untuk mengajar anak anak agar tidak mengambil jalan pintas dengan tindaklaku emosi sekiranya mahukan sesuatu. Seperti, "Adik nak apa? Kenapa adik menangis? Adik nak susu? Adik nak mainan? Adik tak mahu tidur?" Jika mereka mengiakan apa yang telah ditanya itu, kemudian, ibu bapa haruslah menerangkan pada kanak kanak tersebut agar nyatakan apa yang mereka mahu dengan jelas (katalah seperti, " Oooo katalah adik nak susu.....jangan lah menangis...mana ibu tahu adik nak susu..lain kali adik cakaplah.....adik tunjuklah pada ibu...") bukannya tingkahlaku emosi (seperti menangis). Proses ini perlu diulang beberapa kali agar mesej tersampai pada kanak kanak itu. Ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan mental yang turut berkembang pada kanak kanak berusia satu hingga lima tahun.

Berbanding dengan cara ‘hukuman’ tadi, ia akan menimbulkan kesan emosi negatif pada kanak kanak itu dan ia membantutkan pembesaran emosi yang positif. Dikhuatiri sekiranya kanak kanak itu akan terus menggunakan teknik menangis (atau tingkahlaku emosi) ia akan melahirkan suasana tidak tenteram, benci membenci antara satu sama lain.

Perangai tunjuk emosi ini boleh ditangani sekiranya ibu bapa tahu mengendalikan emosi anak anak mereka. Ibu bapa harus peka dengan kehendak dan kemahuan anak anak serta pola tingkahlaku emosi mereka supaya setiap kali berlakunya tunjuk emosi, ibu bapa tahu cara untuk menanganinya.

Contoh yang sering berlaku ialah apabila berada di pusat membeli belah. Ada kanak kanak menggunakan tingkahlaku emosi dengan menangis dan berguling guling di pasaraya untuk menarik minat ibu bapa agar memenuhi kehendaknya. Keadaan ini akan berterusan walaupun kanak kanak itu telah dihukum (selalunya ibu bapa akan memukul atau memaksa anak mereka agar berhenti menangis tetapi, kanak kanak itu akan mendapat apa yang dihajatinya kerana sekiranya mereka terus menangis walau pun di hukum, kanak kanak itu akan dapat juga apa yang dihajatinya) Secara tidak langsung,ibu bapa kanak kanak tadi telah dimanipulasikan oleh anak mereka sendiri.

Sekiranya tingkahlaku emosi seumpama ini terjadi, ibu bapa harus berhati hati agar tidak menjadi ‘mangsa’ pada anak anak sendiri. Ibu bapa harus menggunakan teknik perjanjian dengan anak anak dengan syarat setiap apa yang dijanjikan itu ditepati. Berjanjilah dengan anak anak sekiranya mahu mengikut ibu bapa ke pasaraya, haruslah berkelakuan baik jika tidak, mereka tidak akan dibawa bersama nanti sehinggalah mereka berjanji akan berkelakuan baik.

Ibu bapa harus bijak dalam menguruskan emosi anak anak. Cuba elakkan dari menggunakan teknik menghukum, sebaliknya digantikan dengan teknik bertanya dan perjanjian agar dalam masa yang sama, mereka akan belajar untuk menguruskan emosi mereka sendiri. Kaedah ini amat penting bagi kanak kanak yang membesar kerana pada peringkat awal inilah akan membentuk peribadi kanak kanak bila mereka dewasa nanti.

Kanak-kanak seharusnya diajar/dilatih menurut kata-kata ibu bapa bukannya dimarahi, dihukum atau dileterkan .

Secara amnya, ibu bapa harus mendidik anak-anak dengan disiplin dan hukuman. Kedua-dua ini memberi kesan yang kurang sihat pada pembesaran anak-anak. Hukuman ialah sesuatu yang ‘menyakitkan’. Hukuman ialah membalas seseorang yang telah melakukan sesuatu kesalahan. Disiplin pula merupakan tindakan yang dilakukan dengan satu matlamat tertentu. Dalam hal ini, ibu bapa harus mendisiplinkan anak-anak dengan diplomasi dengan tujuan untuk membantu anak-anaknya memperbaiki dirinya.

Harus kita pertimbangkan bahawa kanak-kanak sebenarnya tidak boleh dipaksa. Sistem ‘pembelajaran’ akan berlaku secara automatik. Cuba bentuk emosi anak-anak dengan disiplin dan diplomasi serta kasih sayang. Mereka akan kenal siapa mereka, realiti yang harus mereka hadapi dan ini dapat memperkembangkan keseimbangan tingkahlaku emosi kanak-kanak.


bestkan artikel ni. kita tau banyak tentang emosi kanak - kanak. macamana nak deal ngn kanak - kanak. apa teknik yang kita perlu guna dengan kanak - kanak. wahhhh lebih mudah lah nak bhadapan dengan kanak - kanak. sebenarnya boleh jadi input untuk kita yang bakal berada lama dengan kanak2 nanti.

jumpa lagi kita di lain entry. salam sayang. *Sayang plak kali ni. hihi.

assalamualaikum :)

** ingat senang ke nak jaga kanak - kanak. dengar macam senang je kan. KANAK - KANAK. benda kecik je. tp try tengokkkk. bley ke tak bleeyyy. hihii




Thursday, March 22, 2012

Tempat Praktikal :)

assalamualaikum semua :)

dapat jmpa lagi. Alhamdulillah. sebenarnya post hari ni nak ceritakan tentang peristiwa semalam. eceeeh. mcam tajuk lagu je.

semalam kami berlima, *merujuk kepada kawan kawan rapatku* ain, azi paa n kak linda dah buat keputusan untuk menjengah sekolah yang bakal kami jalan kan tempat praktikal. kiranya macam nak hantar surat memohon secara rasmi kami nak praktikal kat situ lah. mmg sebelum ni kami dah kol pihak sana mintak nak praktikal kat sana. tp tak pegi secara rasmi lagilah, so kami fikir tak manis lah kalau semua urusan dibuat melalui telefon. apalah salahnya kalo kami pegi sana tunjuk muka ke. kenal2 dengan tempat tempat kat sana. lagipun bukan jauh, tanjung malim ke kuala lumpur jeee pon kan ;)

kami selamat sampai kat kawasan sana kira - kira jam 12 tengahari. alhamdulillah takde sesat, Allah senangkan urusan kami. syukur sangat sangatt. hihii. tapi kami silappp. kitorang pegi kat sekolah rendah, bukan tadika. tapi still sekolah dia la. cmana eh nak cakap. kiranya sekolah yang tmpat kitorg nak praktikal ni, ada taska, tadika, sekolah rendah n sekolah menengah laaahh. dan kami memilih untuk berpraktikal di tadikanya. sekolah yang dimaksudkan adalahhhh.


Tadika Islam Adni :) :)

macam menang award apa plak kan. hihii. ok sambung balik cerita tadi, kitorang dah sampai kat sekolah rendah adni tu, tanya pakguard, mana opis. pakguard tu dengan baik hati tunjuk kan kami. dengan penuh hemahh. hihii. sampai dkat ofis. kakak ofis tu tanya, awak praktikal kat sekolah ke apa? kami jawab. tadika. heheeeee. salah tmpat dik. tadika dekat taman melawati, bukan kat sini.

takpe. kami redha. kami memang suka jalan jalan ;p

kita cari dulu laa ye. berbekalkan map yang kakak tu bagi. kami meneruskan perjalanan. macam jauh je bunyi. padahal dekat je. cuma kna pusing balik. maknanya kami dah lalu lah tempat tu tadi. again, kami memang suka jalan jalan. heheee.

dan pencarian kami menemui kejayaan apabila kami berjaya menjumpai tadika tersebut. macam gps kan kami. sat ja dah bleh jmpa. ;p

kami pon berjumpa dengan pengetua tadika tu. puan pengetua itu sangatlaaaah baik. kami dilayan bak puteri. *over* haha.

tadika islam adni sangatlah cantik. tadika islam yang paling besar penah saya jmpa. kagummmmm. dengan seni reka yang menarik serta unik berbanding tadika lain. dan daripada persepsi awal saya dapat gambarkan, tadika ni macam antara tadika yang terbaik je. promote2. hihi. so dalam entry kali ni. saya memilih untuk bercerita tentang Tadika Islam Adni tersebut.

and now, presentinggg.

*sedikit nukilan tentang Tadika Islam Adni boleh dilihat dan dibaca dilaman web dibawah.




rasa sungguh hebat tadika ini. terus rasa debaran bermula pada hari ini sehingga hari yang bakal menjalani praktikal kelak. awalkan dah rasa takut. tu lah sapa suh p awal2. hehee.


apa pun, takkan belum mula dah nak mengalah. so, kuatkan semangat, bulatkan tekad. ecehh. insyALLAH apa pon tempat dah pilih, so just do your best and wish me luck okeeh :)

dan perjalanan kami pada hari semalam berakhir selepas kami pulang kembali ke tempat asal, yakni Tanjung Malim ku yang tersayaangg.

jumpa di lain entry. assalamualaikum :)


p/s : sebelum balik kami singgah makan mcd memandangkan tanjung malim hanya mempunyai kfc. ;p




Sunday, March 18, 2012

sedih tengok budak zaman sekarang :(

hari ni hari ahad. so hari utk rest dan relakss. lepas breakfast, terus online. cek cek facebook, then bila scroll down suma benda kat fb tu, terjumpa satu page yang agak menarik perhatian utk dibaca. apa yang menarik perhatian saya pada pagi ahad yang indah ini adalah berita pasal kebanyakan budak budak sekolah yang giat melakukan aktiviti seks. berita pertama yang dah buat jantung saya gugur adalah berita tentang seorang pelajar yang melakukan seks untuk membuat modal membeli pil untuk menggugurkan kandungan.

masyAllah.

sampai tahap camtu sekali. kalo boleh tanak pecayaaaaaaaaaaaaa. tanak tau pon benda tu jadi dalam masyarakat kita zaman sekarang. betul ke blaku zaman kita ni?? macam tak pcaya kan. tp apa boleh buat. berita itu boleh dikatakan benar sekali.

berita lebih lanjut saya lampirkan disini :(

KULIM – “Untuk mendapatkan pil menggugurkan kehamilan, saya terpaksa melakukan hubungan seks dengan beberapa kenalan lain bagi mendapatkan modal,“ itu kata seorang pelajar tingkatan lima di sini yang terpaksa menawarkan khidmat seks.

Pelajar tingkatan lima yang hanya mahu dikenali dengan nama Shasha berkata, dia terpaksa bertindak sedemikian selepas teman lelakinya ketika itu bersikap lepas tangan sehingga dia terpaksa menempuh pelbagai masalah seorang diri.

Menurutnya, selain disahkan hamil dia juga hampir dibuang sekolah gara-gara sikap teman lelakinya ketika itu.

“Pil itu (gugurkan kandungan) terbahagi kepada dua jenis. Empat biji dimakan serta-merta manakala empat biji lagi dimakan selepas 12 jam. Harga pil ini sekitar RM350 hingga RM400.

“Untuk mendapatkan wang saya akan berjumpa seorang rakan lain dan meminta dia memperkenalkan diri saya kepada beberapa pelanggan atau kenalannya,” katanya.

Shasha berkata, dia akan mengenakan bayaran sekitar RM100 setiap kali bersama mereka. Dengan duit itulah dia akan membeli pil.

Menurutnya, pil itu hanya berkesan bagi kandungan bawah tiga bulan. Setelah memakan pil, dia akan berasa sakit perut dan memulas untuk beberapa jam dan akan datang haid semula seperti biasa selepas itu.

Segala kesengsaraan itu terpaksa dialaminya sendiri dan bermula dari detik itu, dia menjadi takut untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki dan mengubah selera kepada kaum sejenis.

Shasha berkata, dia menjalinkan hubungan cinta sejenis sejak setahun lalu. Namun sehingga kini keluarganya tidak mengetahui perkara itu.

Menurutnya dia dan kekasihnya yang hanya mahu dikenali sebagai Faiz akan tidur di rumahnya setiap hujung minggu.

“Cara ini lebih senang, ibu bapa tidak tahu kami sedang bercinta. Mereka akan menyatakan kami perempuan dan adalah lebih baik saya melepak dalam bilik dengan seorang kenalan perempuan dari keluar bersama teman lelaki. Saya jadi fobia untuk berkawan dengan lelaki kerana banyak keburukannya.

“Bagi saya bercinta sesama jenis lebih baik kerana ibu bapa tidak akan dapat mengesan perlakuan atau hubungan seks yang kami lakukan selain itu, ia tidak akan mengakibatkan saya hamil seperti dulu,” katanya.

-SINAR HARIAN-


ya allah. saya tekesimaaa. kenapa sampai camtu sekali. teruknyaaaa. macamana nak cakap lagi ye. takot pulak bila pikirkan perkara ni.

apa yang lagi buat saya bimbang, macamana lah tugas kami sebagai guru kelak. nak didik anak bangsa yang hidup dizaman penuh dengan kemodenan ni. boleh ke? mampu ke ? apa cara terbaik nak buat.

*tak tido malam nak pk teknik paling berkesan

doa saya agar pelajar pelajar, adik adik dan kesemua manusia diluar sana, mendapat hidayah Allah dan tidak jauh terpesong dari landasan Agama Islam yang sebenar. Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnn.


jumpa lagi di post yang akan datang. salam :)


Thursday, March 15, 2012

Benda yang paling teringin nak ada ;)

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

tangan ni macam segan2 je nak menulis dalam blog ni, macam tak pecaya je syazwani aniyah manja dah berjaya menghasilkan blog sendiri. hehe. jujur cakap laah, sebenarnya dah lama dah teringinn nak buat blog, tapi ada je kekangan dan kemalasan dalam diri sendiri utk tulis blog, malas utk belajar cemana nak buat blog, malas nak cari idea nak tulih apa dalam blog.

tetapi. secara tiba tiba.

saya mendapat tugasan daripada pensyarah untuk menghasilkan satu tugasan yang diberi nama 'reflective writing' dan beliau memberi kebebasan untuk menyampaikan dalam bentuk apa jua berdasarkan keselesaan setiap individu. sebagai contoh blog. eceeehh. kemain lagi. apa lagi, terus terfikir dalam hati ' ni peluang aku nak buat blog'. dan cubaan pertama berhasil. tahniah untuk diri sendiri dan terima kasih kepada pensyarah sbb mengutarakan idea yang sangat bermakna ini. kamsahamida ;)

so, sebagai post yang pertama, saya rasa tidak banyak yang saya perlu ceritakan. cukuplah memadai saya bagitau yang saya memilih untuk menggunakan blog sebagai alat untuk menyiapkan atau melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya tersebut iaitu madam putri afzan :)

semoga kita berjumpa di post yang akan datang. dan semoga Allah memberi kerajinan saya untuk bersemangat menulis blog. kan baru belajar, semangat tu mestilah level maksima kan. okeeey. thats all. :)