Assalamualaikum semuaaaa :)
semua sihat ke ? harap nya semua pembaca, kawan kawan, ibu
ayah, suami ;) berada didalam keadaan sihat sejahtera. insyALLAH. sbnrnya,
penulih blog ni sendiri tak berapa nak sihat. al kisah nya mcm ni. Assignment
yang dikumpul kumpul yang kononnya berazam nak dibuat seawal2 sem tidak juga
dapat disiapkan. dan kesannya, tadaaaaaaaaaaaaaa. belambak lambak assignmentku.
sendiri buat sendiri tanggung laa. waaaa.
selalu terfikir, mana datang nya assignment ni ye. sapa yang
pelopor dia. sape yang mula2 wujudkan perkataan assignment ni. sape yang
mencetuskan idea tak best bahawasanya assignment ni adalah sesuatu tugasan yang
kita mesti buat. haha. itu pon nak tau kan. banyak lagi keje nak buat. tp
sempat lg pk pasal asal usul assignment. nak cakapnya, punya laaaa ANTI
perkataan assignment ni. HAHA ;p kalau ada masa nnt memang nak kaji laa. nasib
baik tajuk tesis kena kaitan dengan kanak - kanak. kalao boleh pasal benda
lain, dah lama buat tesis pasal ASAL USUL ASSIGNMENT. ;)
Sebenar benar nya, ada benda lain nak diceritakan dalam
entry kali ni. bukan pasal assignment tu sangat. lantak laa dengan assignment
tu. apa laaa sangat kan. haha. kali ni saya berbesar hati nak cerita pasal
perkara perkara yang boleh merosakkan HOTAKK. ;p idea ni dapat bila terbaca kat satu majalah ni, solusi tak silap. tapi tak sempat salin pon sbb majalah tu baca kat rumah dann idea nak tulih ni dapat kat tanjong malim. so dengan bantuan en google. maka jumpa lah beberapa sumber yang boleh membantuku. terima kasih en. google ;p
ok here we go :)
untuk makluman semua pembaca yang hensem, cantik baik hati
budiman semua, sebenarnya, untuk membolehkan kita bekerja, belajar atau
melakukan apa saja dengan baik, kita memerlukan otak yang sihat dan cerdas.
Dalam proses berfikir dalam melakukan sesuatu perkara itu, otak memainkan
fungsi yang amat penting. Otak yang sihat menjadikan seseorang itu pintar dan
mudah melahirkan sesuatu idea dan membuat keputusan yang bijak. Jika otak kita
lemah, kita sukar membuat keputusan dan tidak dapat berfikir dan
menganalisasesuatu perkara dengan baik.
Otak juga mengawal keseluruhan aktiviti yang dilakukan oleh
tubuh sehari-hari. Jika otak menghadapi masalah seperti tidak cukup oksigen, ia
akan mengganggu aktiviti organ dan keseluruhan sistem badan kita.
Otak tidak bekerja bersendirian. Ia memerlukan saraf untuk
menjalankan tugasnya. Saraf-saraf ini menghubungkan otak dengan seluruh
bahagian badan melalui tulang belakang. Melalui saraf, mesej dihantar ke
anggota badan dan dari anggota badan ke otak. Otak serta keseluruhan saraf ini
dinamakan sistem saraf.
Oleh itu amat penting untuk kita menjaga kesihatan otak kita
supaya ia sentiasa dalam keadaan sihat dan terbaik. Ini antara 10 perkara yang
boleh kita elakkan daripada menjadi amalan kita kerana ia bakal merosakkan otak
kita. Sama-sama kita hindarkannya ya, Insya'Allah.
1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga,
iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan
pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan
nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan
menjadi kurang aktif pada hari tersebut.
2. Terlebih Makan
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi
semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut
dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai
kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.
3. Merokok
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai
racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.
4. Mengambil Gula Berlebihan
Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan
protien dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Menghidu Udara Yang Tercemar
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan
manusia. Menghidu udara yang tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak.
Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat
merbahaya kepada otak.
6. Tidur Yang Berlebihan
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur
yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir
seseorang.
7. Tidur Dengan Menutup Muka
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau
menutup muka dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon
dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan
otak kekurangan oksigen.
8. Kurang Berimaginasi
Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak
kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.
9. Jarang Berfikir
Jaang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembab dan
tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan
meningkatkan keupayaan otak kita.
10. Tidak Membaca Al-Quran
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah SWT. Membacanya
akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak
kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak
kita menjadi dungu dan dangkal.
sooooo. bila dah kongsi dan baca semua perkara - perkara ni,
kita boleh simpukan yang bukan susah pon nak jaga otak kita kan. just elak kan
benda - benda diatas ni dan insyALLAH otak kita mampu bertahan dengan lama. :)
jadi, apa pon kita buat, fikirlah dahulu baik dan buruknya.
dan insyALLAH. kesan nya, kalo baik kesannya, kita jugak yang beruntungggg
kann. peace yawww. :)
assalamualaikum. byee readers :)
No comments:
Post a Comment